KUIH TRADISIONAL

Assalamualaikum wbt, hari ni putri nak kongsi resepi kuih tradisional yang selalu putri buat semasa ada kenduri ataupun untuk juadah petang.


KUIH SERI AYU by pnnsd


bahan bahan yang dperlukan ( untuk hidangan 10 orang)

2 gelas tepung gandum
1 gelas gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
pewarna hijau epal
1 sudu teh overlette
1 mangkuk kelapa parut yang sudah di gaul bersama garam dan tepung jagung

1. masukkan  gula pasir, overlette, serbuk penaik  dan telur . pukul sehingga sehingga gebu
2. masukkan susu cair dan  pewarna makanan  gaulkan sehingga sebati
3. setelah warna telah sebati masukkan tepung gandum dan kacau dengan perlahan.
4. masukkan kelapa parut yang telah digaul bersama garam dan tepung jagung ke dalam acuan, selepas itu , bolelah masukkan adunan yang telah dibancuh tadi d atas acuan yang telah diletakkan kelapa parut.
5. kukus dalam masa 8 minit. 
6. siap untuk dihidangkan.


semasa tempahan dari pihk sekolah sebanyak 50 biji kuih. 




KUIH GULA (  SAWALLA) 


bahan bahan

1 kg tepung pulut
2 sudu tepung gandum 
secubit garam
2 sudu gula
kelapa parut
air secukupnya
gula merah/ gula melaka

1. campurkan tepung pulut, tepung gandung garam, gula dan kelapa parut.
2. gaul dan tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. bentukkan seperti bentuk silinder.
4. goreng dengn api yang perlahan
5. untuk gula pula, masukkan gula melaka, air dan gula pasir.
6. setelah pekat , matikan api dan masukkan sawalla yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sebati



Ringkas dan mudah, bolehlah try buat d rumah nanti . ada masalah bole contact putri huhuhu..... btw sawalla ni merupakan makanan tradisional bugis. 


💋pnnsd 💋






Comments

Popular posts from this blog

KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2019

HARI INTERAKSI PERMIS 19/20