KUIH TRADISIONAL

Assalamualaikum wbt, hari ni putri nak kongsi resepi kuih tradisional yang selalu putri buat semasa ada kenduri ataupun untuk juadah petang. KUIH SERI AYU by pnnsd bahan bahan yang dperlukan ( untuk hidangan 10 orang) 2 gelas tepung gandum 1 gelas gula pasir 1 tin susu cair 1 sudu teh serbuk penaik 4 biji telur pewarna hijau epal 1 sudu teh overlette 1 mangkuk kelapa parut yang sudah di gaul bersama garam dan tepung jagung 1. masukkan gula pasir, overlette, serbuk penaik dan telur . pukul sehingga sehingga gebu 2. masukkan susu cair dan pewarna makanan gaulkan sehingga sebati 3. setelah warna telah sebati masukkan tepung gandum dan kacau dengan perlahan. 4. masukkan kelapa parut yang telah digaul bersama garam dan tepung jagung ke dalam acuan, selepas itu , bolelah masukkan adunan yang telah dibancuh tadi d atas acuan yang telah diletakkan kelapa parut. 5. kukus dalam masa 8 minit. 6. siap untuk dihidangkan. ...